Adakah anda mempunyai koleksi kasut berjenama? Adakah anda mencari kasut yang diimpikan? Adakah anda ingin bergaya kasut baru mengikut fesyen terkini? Masalah anda mungkin dapat diselesaikan di sini.
Sebelum itu, mesti anda sudah kenal dengan laman web mudah.my. Mungkin anda pernah membeli dan menempah barang melalui promosi di dalam mudah.my. Mungkin blog ini tidak banyak beza dengan laman web mudah.my. Tetapi, perbezaannya adalah pihak saya menyediakan perkhidmatan tempahan produk dari luar negara. Saya bersedia untuk menempah produk dari luar negara, mengikut harga yang berpatutan, berdasarkan produk yang anda inginkan.
Sila beri penerangan kepada saya, jenis dan jenama produk yang anda inginkan. Saya bersedia membantu anda untuk membuat tempahan. Sekiranya anda ada gambar produk yang diinginkan, lagi bagus... Hanya hantar ke e-mail saya untuk kami membantu anda. Pihak saya akan menghubungi beberapa pengeluar di luar negara bagi mencari produk yang anda inginkan.
Saya akan memberitahu ada menggunakan e-mail sekiranya produk yang anda perlukan sudah dijumpai.
Sekiranya bersetuju dengan produk dan harga yang ditetapkan, pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak saya terlebih dahulu. Jangan risau, pihak kami tidak akan mengambil bayaran tersebut. Saya akan membuat bayaran kepada pihak pembekal dari luar negara dengan menggunakan bank wire atau Paypal sebaik sahaja pihak anda membuat pembayaran. Saya nasihatkan agar pihak anda menyimpan bukti pembayaran dan menghubungi saya terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.
Saya tidak akan mengenakan bayaran penghantaran atau bayaran kiriman wang luar negara ke atas pihak anda... Saya hanya mengenakan cas perkhidmatan mencari produk yang anda inginkan sahaja... Ini disebabkan saya ingin mengembangkan lagi perkhidmatan yang saya disediakan. Selain itu, saya ingin membina kepercayaan kepada bakal pelanggan saya. Saya tidak memikirkan keuntungan daripada perkhidmatan yang disediakan dalam jangka pendek, diharap perkhidmatan ini dapat lebih berkembang dan memberi perkhidmatan yang baik kepada bakal pelanggan saya.
Jadilah pelanggan saya yang pertama....
0 ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih di atas segala komen... Diharap pihak saya memberi pekhidmatan yang terbaik kepada anda...